Notis Perlindungan Data Peribadi

Notis ini menerangkan bagaimana PBBPP mengumpul, mengguna, memproses dan melindungi data peribadi yang diberikan oleh anda sebagai pelanggan, penjual, pembekal, pengedar atau pembekal perkhidmatan PBBPP.

Notis Perlindungan Data Peribadi

1. Pengenalan

1.1 Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) amat prihatin dengan keselamatan perlindungan data peribadi anda. Untuk tujuan Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”), terma-terma “data peribadi” dan “pemprosesan” mempunyai maksud yang sama seperti yang ditakrif dalam Akta Perlindungan Data Peribadi (2010) (“Akta”).

 Notis ini menerangkan bagaimana PBBPP mengumpul, mengguna, memproses dan melindungi data peribadi yang diberikan oleh anda sebagai pelanggan, penjual, pembekal, pengedar atau pembekal perkhidmatan PBBPP. Dengan menggunakan perkhidmatan PBBPP atau meneruskan memberi perkhidmatan kepada PBBPP, anda dengan ini bersetuju bagi pemprosesan data peribadi oleh PBBPP.

2. Jenis data peribadi

2.1 PBBPP mengumpul pelbagai data peribadi anda secara langsung daripada anda atau tidak langsung termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:-

  • Nama
  • Umur
  • Nombor Kad Pengenalan/Nombor Pasport/Nombor Pengenalan Peribadi lain
  • Warganegara
  • Alamat
  • Tarikh lahir
  • Alamat emel
  • Nama syarikat
  • Jawatan
  • Nombor telefon dan faksimili
  • Gambar
  • Imej kamera litar tertutup (CCTV)
  • Maklumat pembayaran seperti maklumat akaun bank dan maklumat kad kredit/debit
  • Masa menaik/menurun funikular
  • Data peribadi lain berkaitan dengan perkhidmatan PBBPP, urus niaga, tinjauan, soal selidik atau komunikasi dengan PBBPP

Sebarang data peribadi lain yang anda hantar kepada PBBPP dari semasa ke semasa.

3. Sumber pengumpulan data peribadi

3.1 PBBPP mengumpul data peribadi anda secara langsung daripada anda atau secara tidak langsung daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: -

  • Proses pembelian tiket funikular dan pas bermusim oleh pelanggan;
  • Proses permohonan jawatan di PBBPP
  • Rakaman imej melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di mana-mana kawasan premis PBBPP
  • Di mana-mana acara, persidangan atau seminar yang dianjurkan oleh PBBPP
  • Daripada cookies melalui penggunaan laman web PBBPP
  • Proses pembelian barang atau perkhidmatan melalui Pesanan Tempatan (PO) termasuk pengisytiharan Integrity Pact oleh pembekal

 

4. Keselamatan data peribadi

4.1 PBBPP akan mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya bagi melindungi data peribadi yang diperoleh daripada kehilangan, disalahgunakan, diubahsuai, akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan atau disengajakan, pengubahsuaian atau pemusnahan.

5. Ketepatan data peribadi

5.1 Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan kepada PBBPP adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.

6. Pendedahan kepada pihak ketiga

6.1 Data peribadi yang diberikan kepada PBBPP boleh didedahkan kepada kepada anak syarikat PBBPP (jika ada), perbadanan berkaitan PBBPP, rakan-rakan perniagaan PBBPP, pembekal-pembekal perkhidmatan PBBPP (termasuk tetapi tidak terhad kepada penjual, pembekal, ejen dan kontraktor PBBPP), penasihat kewangan atau profesional PBBPP, syarikat insurans, bank dan/atau institusi kewangan, Polis Diraja Malaysia, pembekal penjagaan kesihatan termasuk hospital, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, badan-badan kawal selia dan/atau berkanun, ahli keluarga terdekat anda dan/atau orang yang perlu dihubungi jika berlaku kecemasan seperti yang dimaklumkan kepada PBBPP dari semasa ke semasa dan mana-mana pihak berhubung dengan prosiding undang-undang atau prosiding undang-undang prospektif.

7. Penggunaan Data Peribadi yang Dikumpulkan

7.1 Data peribadi yang dikumpul akan diproses bagi tujuan berikut termasuk tetapi tidak terhad kepada:-

  • Untuk mengesahkan identiti anda
  • Untuk penyampaian perkhidmatan PBBPP sama ada masa kini atau masa depan
  • Untuk melaksanakan obligasi kontrak dengan anda dan untuk kesinambungan obligasi kontrak tersebut
  • Untuk berhubung dengan anda
  • Untuk menguruskan permintaan anda atau menjawab sebarang pertanyaan, aduan, komen atau maklum balas yang anda majukan kepada PBBPP
  • Untuk pengurusan dalaman berkaitan perkhidmatan yang disediakan kepada anda
  • Untuk tujuan menyenggara rekod yang diperlukan bagi tujuan keselamatan, tuntutan atau undang-undang yang lain
  • Untuk apa-apa tujuan yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang, peraturan, garis panduan dan /atau pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan.
  • Untuk tujuan pengambilan kakitangan PBBPP
  • Untuk menjalankan kegiatan seperti menilai keberkesanan pemasaran, tinjauan/penyelidikan pasaran, pelaporan dan analisis data untuk menambahbaik perkhidmatan PBBPP
  • Untuk tujuan penyiasatan dan pencegahan jenayah
  • Untuk tujuan mendapatkan nasihat undang-undang dan/atau kewangan, menguatkuasakan hak-hak PBBPP dan/atau untuk tujuan memulakan tindakan undang-undang menurut sebarang perjanjian atau dokumen di mana anda telah masuk dengan PBBPP
  • Untuk tujuan mengendalikan premis PBBPP dengan cara yang selamat dan sesuai dengan keperluan kesihatan dan keselamatan termasuk tetapi tidak terhad kepada mempermudahkan usaha-usaha pengesanan kontak berkenaan dengan COVID-19
8. Mengakses dan membetulkan data peribadi

8.1 Anda mempunyai hak untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda yang dipegang oleh PBBPP (kecuali di mana pematuhan dengan permintaan anda untuk mengakses dan membetulkan data peribadi tersebut tidak dibenarkan di bawah Akta tersebut atau tertakluk kepada pengecualian tertentu).

 8.2 Jika anda berhasrat untuk mengakses data peribadi anda, atau jika anda berpendapat bahawa data peribadi tersebut tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, anda boleh membuat permohonan kepada PBBPP melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Sila mengemukakan bukti identiti anda, alamat dan maklumat yang mencukupi untuk membolehkan PBBPP mengenal pasti anda semasa mengemukakan permintaan untuk mengakses atau membetulkan data peribadi anda.

8.3 PBBPP berhak untuk mengenakan bayaran kepada anda untuk menampung kos untuk mengakses, menyemak dan menyalin apa-apa bahan yang diminta.

9. Tempoh Penyimpanan Data Peribadi

9.1 PBBPP akan menyimpan data peribadi anda dengan mematuhi Notis ini atau merujuk syarat-syarat perjanjian anda dengan PBBPP atau sebagaimana yang difikirkan perlu, kecuali sekiranya dikehendaki oleh undang-undang dan/atau untuk keperluan polisi-polisi berkaitan PBBPP.

10. Pengakuan dan Persetujuaan

10.1 Dengan memberikan data peribadi anda, anda telah membenarkan data peribadi tersebut digunakan mengikut Notis ini. PBBPP berhak untuk mengubah Notis ini dari semasa ke semasa. Jika PBBPP mengubah Notis ini, PBBPP akan mempamerkan pindaan terbaru. Anda juga boleh menghantar emel atau menulis kepada PBBPP untuk mendapatkan sesalinan Notis tersebut. Dengan terus menggunakan perkhidmatan PBBPP atau membekal kami dengan perkhidmatan anda, akan menunjukkan bahawa anda bersetuju dengan sebarang pindaan tersebut.

11. Hubungi Kami

11.1 PBBPP komited untuk melindungi data peribadi anda. Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau komen berkenaan pengendalian data peribadi oleh PBBPP, anda boleh hubungi PBBPP di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau telefon 04-8288880.

Alami puncak Mutiara Timur

Muat turun Panduan Pelawat Bukit Bendera Di Sini

Berhubungi dengan kami

Emel kami di

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti Kami di
Buy Ticket Now!