Terokai, temui dan bawa pulang kenangan manis! Lawati tempat yang hebat ini bersama yang tersayang.
Bukit Bendera merupakan resort bukit yang terdiri daripada beberapa puncak di Pulau Pinang, Malaysia. Terletak di Air Itam, 6 kilometer di sebelah barat pusat bandaraya Georgetown. Bukit Bendera dikenali dari nama melayu yang merujuk kepada bendera yang dipasang pada bukit dan menjadikan ia puncak paling maju. Bukit Bendera merangkumi beberapa bukit dan Western Hill sebagai pucak tertinggi iaitu 833 meter (2,733 kaki) dari aras laut. Bukit ini terdiri dari kawasan rendah sebagai kawasan berbukit dan berhutan. Bukit ini juga dijadikan sebagai tempat percutian pada zaman penjajahan Inggeris, dan kini menjadi destinasi pelancongan yang popular di Pulau Pinang.
Bahagian atas bukit boleh diakses melalui landasan keretapi Bukit Bendera yang bermula dari stesen pangkalannya di Jalan Bukit Bendera, Air Itam. Sehingga kini, sistem keretapi funikular ini adalah satu-satunya yang seumpamanya di Malaysia, yang telah mengangkut lebih dari satu juta pelawat ke puncak Bukit Bendera sejak dari tahun 2014.
Bukit Bendera merupakan granit berbukit yang besar. Sistem bukit lebih tinggi pada bahagian utara dengan ketinggian 833 m (2,733 iaiitu Western Hill. Selain Western Hill, terdapat juga beberapa puncak di kawasan ini, seperti Bukit Laksamana, Tiger Hill,Flagstaff Hill, Haliburton Hill dan Government Hill. Flagstaff Hill berada di ketinggian 735 m (2,450 kaki) dari aras laut. Aliran sungai kecil juga dapat dilihat dan berasal dari kawasan ini. Sungai Pinang merupakan sungai terbesar dan ia bermula dari sebilangan anak sungai di kawasan tersebut.