Pilihan makanan

Makanan yang sedap,
Persekitaran yang permai,
Kenangan yang indah

Selamat datang ke
Bukit Bendera
Pulau Pinang

Nikmati makanan jalanan Pulau Pinang dan pilihan makanan dari Barat di Bukit Bendera. Anda pasti sukar untuk membuat pilihan makanan dengan pelbagai hidangan yang tersedia sambil menikmati pemandangan indah.

David Brown (Milik Persendirian)

Terletak di atas Bukit Bendera, terdapat khabar yang jauh dari taman lama yang dilupakan - David Brown di Strawberry Hill, sebuah restoran kolonial British dan Tea Terraces yang sangat klasik.

David Brown sangat sesuai untuk majlis syarikat, seminar, pelancaran produk, latihan, mesyuarat pengurusan, majlis makan malam tahunan syarikat atau makan malam bersama keluarga. Kakitangan yang mesra dan profesional akan memastikan keperluan anda dipenuhi.

Terdapat pelbagai pilihan hidangan pembuka selera, stik dan daging panggang tradisional, puding, pai dan juga menawarkan pilihan hidangan berasaskan sayuran yang enak.

Waktu Operasi:
9:00am - 10:00pm (Setiap Hari)


Makanan Tempatan Yang Enak

Pulau Pinang terkenal dengan makanan yang enak. Pastikan anda mencuba pelbagai makanan jalanan Pulau Pinang seperti Laksa, Char Koay Teow, Ais Kacang ketika berada di Bukit Bendera.

Astaka Bukit Bendera/ Cliff Cafe
(Milik Persendirian)

Astaka Bukit Bendera atau The Cliff Cafe merupakan bangunan medan selera di Bukit Bendera. Terdapat 25 buah gerai yang terletak di dua tingkat yang menawarkan pelbagai jenis makanan tempatan, minuman, makanan ringan, dan cenderahati kepada pengunjung. Gerai-gerai ini dikendalikan oleh penduduk Bukit Bendera. Terletak di lereng puncak bukit, The Cliff Cafe menempatkan lebih daripada 200 tempat duduk yang beroperasi dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari dan waktu operasi akan dilanjutkan jika berlangsungnya majlis-majlis khas.

Waktu Operasi:
8:00am - 8:00pm (Setiap Hari)

Masa Snek!


Kacang putih untuk semua (Milik Persendirian)

"Lelaki kacang putih berada di sini!" Gerai Encik Sakthivel yang terletak berhampiran pokok besar di Dataran Bukit Bendera yang menjual pelbagai jenis kekacang kegemaran ramai. Kereta sorong kecilnya penuh dengan bekas-bekas kaca yang mengandungi lebih daripada 15 jenis kacang antaranya kacang pea, kacang tanah dan kekacang yang lain.
 
Waktu Operasi:
8:00am - 7:00pm (Setiap Hari kecuali Hari Selasa)

Tiba masanya untuk berehat

Tenangkan diri anda di kafe yang terletak di puncak Bukit Bendera. Ia merupakan tempat untuk bersantai bersama rakan-rakan anda!

Kafe  & Kedai The Habitat
(Kommune Eko-Deli)
(Milik Persendirian)

Sebuah pengalaman hidangan berasaskan tumbuh-tumbuhan istimewa dikelilingi oleh hutan hujan asli di The Habitat Penang Hill untuk memenuhi keinginan anda. Menu kami diinspirasikan dari hati Malaysia yang masih menyediakan semua nutrien yang kaya dan persembahan yang organik.
 
Waktu Operasi:
9:00am - 5:30pm (Setiap Hari)

Rimba Cafe (Milik Persendirian)

Diinspirasikan oleh hutan hujan, Rimba Café menawarkan pelbagai menu yang sihat dan enak. Mereka juga menyediakan kopi yang terbaik untuk anda memerlukannya!
Lawati cafe di Stesen Bawah Bukit Bendera

Waktu Operasi:
8:30am - 7:30pm (Setiap Hari)

A&W Bukit Bendera
(Milik Persendirian)

Apakah pilihan yang lebih baik bagi menghilangkan bahang panas di Pulau Pinang? Sudah tentu, jawapannya terletak pada minuman yang menyegarkan A&W. Semua orang pasti menikmati minuman yang terkenal di A&W tidak mengira yang tua mahupun muda. Pastinya anda masih ingat ketika kecil, setiap kali datang ke A&W, anda akan meminta ibu bapa anda untuk mendapatkan minuman yang menyegarkan itu!

Kedai ini terletak di Stesen Bawah Bukit Bendera. Jangan lupa untuk mengunjungi A&W setiap kali anda datang Bukit Bendera!
 
Waktu Operasi:
9:00am - 10:00pm (Setiap Hari)

Old Town White Coffee Basic
(Milik Persendirian)

Teringin makan Nasi Lemak? Old Town White Coffee Basic menawarkan pelbagai jenis menu dari makanan tempatan. Anda boleh makan sebentar sebelum menaiki funikular atau selepas turun dari puncak bukit.

Lawati Old Town di Stesen Bawah Bukit Bendera

Waktu Operasi:
8:00am - 9:30pm (Setiap Hari)

Alami puncak Mutiara Timur

Muat turun Panduan Pelawat Bukit Bendera Di Sini

Berhubungi dengan kami

Emel kami di

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti Kami di
Buy Ticket Now!