Banyak lagi tarikan yang boleh dikunjungi

Selami keajaiban alam semulajadi di Bukit Bendera dengan bangunan-bangunan bergaya arkitektur kolonial lama. Setiap pengunjung dapat merasai aktiviti dan pengalaman menarik dengan daya tarikan yang ditawarkan

Milik Persendirian

Little Village

dilengkapi dengan Love Arch, Kampung Orang Kerdil, Taman Arnab dan persekitaran alam yang hijau. Cubalah pelbagai madu asli disini yang pasti membuat anda berpuas hati.

Waktu Operasi:
8:30am - 9:00pm (Setiap Hari)

Milik Persendirian

Henna & Spa

Hiasi diri anda dengan keunikan seni lukis inai daripada pelukis profesional yang berpengalaman sejak tahun 1994.

Sekiranya anda bukan peminat inai, anda boleh menikmati spa kaki herba yang terletak bersebelahan dengan lukisan inai. Spa kaki dapat memberikan ketenangan dan berupaya untuk membuang toksik di lutut dan kaki

Waktu Operasi:
8:00am - 10:00pm (Setiap Hari)

Milik Persendirian

Earthquake & Typhoon

Alami dan rasai simulasi gempa bumi yang berukuran sehingga 8 magnitud dan simulasi taufan setinggi 12 magnitud beserta hujan lebat, angin kuat, bunyi ribut dan gegaran di “Earthquake & Typhoon Pavilion”, dibangunkan oleh institut penyelidikan saintifik dan pendidikan.

Waktu Operasi:
9:00am - 7:00pm (Setiap Hari)

Milik Persendirian

Dinosaur & Aviary Garden

Jom menjelajah semula ke masa lampau apabila dinosaur memerintah Bumi dan mendedahkan misteri masa lampau prasejarah planet ini. Dinosaur & Aviary Garden yang terletak 100m dari Hotel Bellevue Bukit Bendera membawa dinosaur kembali ke kehidupan.

Bertemu dan bermain-main dengan makhluk-makhluk ini dari berjuta-juta tahun yang lalu! Ketahui bagaimana mereka berkeliaran di muka Bumi!

Waktu Operasi:
8.00am - 7.00pm

Alami puncak Mutiara Timur

Muat turun Panduan Pelawat Bukit Bendera Di Sini

Berhubungi dengan kami

Emel kami di

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti Kami di
Buy Ticket Now!