Kerajaan Persekutuan Malaysia telah menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari bermula dari 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021 di Wilayah Persekutuan dan 5 buah negeri termasuk Pulau Pinang dalam membendung penularan wabak Covid-19 di Malaysia.
Memandangkan arahan dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967, perkhidmatan funikular Bukit Bendera akan beroperasi bermula pada đˇđŽđē đŗ.đŦđŦ đŊđŽđ´đļ đđ˛đĩđļđģđ´đ´đŽ đŗ.đŦđŦ đēđŽđšđŽđē bermula esok (13 Januari 2021).
Sila ambil maklum bahawa perjalanan berjadual hanya untuk đŊđ˛đģđąđđąđđ¸ đąđŽđģ đŊđ˛đ¸đ˛đŋđˇđŽ đ˛đđđ˛đģđđļđŽđš sahaja.
Seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa, pihak PBBPP tidak akan menyediakan perkhidmatan funikular kepada pengunjung dan pendaki untuk tempoh dua minggu.
Tujuan utama perlaksanaan ini adalah bagi mempermudahkan dan memastikan kecekapan yang lebih baik kerana, pihak kami ingin selarikan tempoh penyelenggaraan tahunan jadual kali pertama bersama dengan kerja-kerja menaiktaraf seperti pertukaran bumbung dan pelbagai kerja pembinaan yang sedang dijalankan di platform Stesen Atas.
Perkhidmatan funikular akan beroperasi semula pada đđ đđđ đđđđ (Sabtu).
Semasa tempoh penutupan ini, pengunjung boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan jip yang dikendalikan oleh Persatuan Penduduk Bukit Bendera (sila hubungi 019-5720543) atau menggunakan laluan mendaki untuk sampai ke puncak Bukit Bendera.
PBBPP mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung di atas kesabaran dan sokongan berterusan kepada Bukit Bendera. Maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi.
26 Oktober 2020 - 28 Disember 2020
Tempat
Ruang Legar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Paras 3, Komtar, Georgetown
Ruang Legar Majlis Bandaraya Seberang Perai, Jalan Perda Utama, Bukit Mertajam
Stesen Bawah Bukit Bendera, Jalan Bukit Bendera, Air Itam
*Orang ramai dijemput untuk memberi cadangan dan pandangan.
Penang Hill Mobile Guide is available now at
App Store and Google Play Store
Chinese Moo Year/ Valentine's Day 14 Feb 2021 |
Penang Hill Funicular Service Shutdown for Bi-Annual Maintenance 01 Mar 2021 |
Family Fun Walk 14 Mar 2021 |
Riang Ria Raya Bukit Bendera 15 May 2021 |
Penang Hill Festival 15 Jul 2021 |