Kemudahan & Perkhidmatan

Waktu Operasi

Kami buka setiap hari dari pukul 6.30 pagi hingga 9.45 malam

Waktu jadual funikular dari pukul 6.30 pagi hingga 11.00 malam (kereta api terakhir dari stesen atas)

Waktu operasi harian tiket kaunter dari  pukul 6.15 pagi hingga 9.45 malam

 

Wifi Percuma

Pengunjung dapat menikmati Wi-Fi percuma di Bukit Bendera Pulau Pinang!

Perkhidmatan Wi-Fi percuma adalah inisiatif oleh Bukit Bendera Pulau Pinang bekerjasama dengan Telekom Malaysia Bhd untuk menyediakan wifi percuma kepada pengunjung yang mengunjungi Penang Hill.

Dengan adanya wifi @ unifi, pengunjung dapat menikmati sambungan Wi-Fi percuma di kawasan Stesen Bawah, Stesen Atas, Astaka dan Dataran Bukit Bendera.

Akses Kerusi Roda

Bukit Bendera boleh diakses dengan kerusi roda. Semasa mengunjung ke Bukit Bendera, anda boleh pergi ke kaunter maklumat untuk mendapatkan bantuan. Wakil khidmat pelanggan kami akan membantu anda menaiki funikular melalui akses khas untuk kerusi roda. Kami menyediakan kerusi roda untuk pengunjung yang memerlukannya secara percuma.

Penyimpanan & Loker

Kami menyediakan perkhidmatan penyewaan loker di Stesen Bawah Bukit Bendera Pulau Pinang! Perkhidmatan ini diuruskan secara peribadi oleh DrLocker, sila hubungi +016-3506969 untuk sebarang pertanyaan.

Kemudahan Surau

Kami menyediakan surau untuk pengunjung Muslim berdoa pada waktu solat yang ditentukan. Anda boleh menjumpai ruang solat lelaki dan wanita di Stesen Bawah Bukit Bendera Pulau Pinang dan juga di Bangunan Parker Bertingkat Bukit Bendera (Tingkat Bawah)

Bilik Ibu / Bilik Asuhan

Anda boleh mendapatkan bilik ibu / asuhan di Stesen Bawah Bukit Bendera Pulau Pinang yang terletak berdekatan dengan kemudahan tandas.

Alami puncak Mutiara Timur

Muat turun Panduan Pelawat Bukit Bendera Di Sini

Berhubungi dengan kami

Emel kami di

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti Kami di
Buy Ticket Now!