Apa yang menjadikan ia Unik?

Kepelbagaian
Budaya

Meneroka – Pengalamana - Ingatan

Masjid Bukit Bendera

(Penang Hill Mosque)

Penang Hill Mosque atau Masjid Bukit Bendera, adalah satu-satunya masjid di puncak bukit. Ia didirikan untuk kegunaan orang Islam yang berkunjung, tinggal dan bekerja di atas bukit. Masjid ini terletak tidak jauh dari rumah agam Bel Retiro dan Kuil Hindu. Majoriti pengguna masjid ini adalah mereka yang bekerja di gerai berhampiran stesen keretapi Bukit Bendera, pegawai kerajaan yang bekerja di pejabat pos dan jabatan lain yang terletak di puncak Bukit Bendera.

Masjid Bukit Bendera mempunyai seni bina Islam yang berlainan jika dibandingkan dengan bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di Bukit Bendera. Menara dan kubah masjid itu dapat dilihat dari jauh oleh penggunjung yang berada di dataran Bukit Bendera.

Waktu Operasi:
24 Jam (Setiap Hari)

  • I 1

  • I 3

  • I 2

Sri Aruloli Thirumurugan

(Kuil Hindu Bukit Bendera)

Sri Aruloli Thirumurugan, atau lebih dikenali sebagai Penang Hill Hindu Temple, adalah salah satu kuil hindu yang tertua di Pulau Pinang. Ia telah dibina sejak tahun 1800-an sebagai kuil kecil untuk penganut Dewa Murugan (dewa yang dikaitkan dengan Thaipusam) oleh masyarakat India yang kebanyakkannya adalah pembawa tandu. Ia terletak disalah sebuah bukit di Bukit Bendera yang lebih dikenali Gun Hill.

Kuil ini mengikut gaya seni bina Dravidian yang mengandungi 4 bahagian utama. Pertama, bahagian dalaman kuil, atau vimana, adalah ruang sembahyang dengan menara. Bahagian kedua, adalah Mandapa, atau anjung. Ketiga, gopurams atau menara pintu gerbang. Bahagian terakhir adalah chawadis, atau dewan tiang. Disamping itu terdapat sebuah tangki air digunakan dalam upacara suci untuk pembersihan diri.

Waktu Operasi:
24 Jam (Setiap Hari)

Peredaran Masa

Pemeliharaan dan Budaya Sejak tahun 1920

Tidak sama seperti yang lain


Kegemilangan seperti emas

Mencatat bangunan tertua (Convalescent Bungalow) bermula pada tahun 1803, Bukit Bendera merupakan hub banglo yang memaparkan gabungan seni bina dari kolonial Inggeris hingga seni bina Asia dan moden.

Bel Retiro merupakan sebuah banglo kerajaan di Bukit Bendera. Ia dibina pada tahun 1789 untuk Gabenor Pulau Pinang, dan kekal untuk kegunaan pemerintah eksklusif. Banglo ini merupakan hartanah paling berprestij di Bukit Bendera, yang dibina pada tahun 1800-an sebagai tempat peranginan pegawai tinggi kerajaan dan orang kenamaan. Bel Retiro Bungalow adalah tempat percutian kegemaran Yang di-Pertuan Agung (Raja) dan Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri) yang pertama setiap kali mereka mengunjungi Pulau Pinang. Pegawai kanan kerajaan membina banglo mereka dekat dengan Bel Retiro, berdasarkan prinsip kedekatan adalah kehebatan. Walaupun banglo itu sendiri tidak dapat dilewati oleh masyarakat umum, seseorang boleh masuk pintu gerbangnya yang memaparkan struktur bata yang cantik dengan pintu masuk lengkungan yang dipanggil sebagai Gate House, yang kini digunakan untuk mengambil gambar.

Stesen Bawah Bukit Bendera

Pintu Masuk Landasan

Peti Post

Funikular Generasi Pertama

Stesen Bawah Funikular Bukit Bendera yang lama

Meriam

Funikular Generasi Ketiga

Hotel Bellevue

Balai Polis


Peristiwa Sejarah Utama

Ia bukanlah satu jalan yang mudah untuk membangunkan bukit ini sehingga menjadi sebuah tempat yang hebat seperti sekarang

Peristiwa Penting

Alami puncak Mutiara Timur

Muat turun Panduan Pelawat Bukit Bendera Di Sini

Berhubungi dengan kami

Emel kami di

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti Kami di
Buy Ticket Now!